Thursday, August 15, 2013

Setelah sekian lama........

Mencari makna kehidupan, mencerna erti kelansungan - demi sesuap nasi dari rezeki yg halal...Seorang warga tua yg mengambil upah mencantas batang pokok kelapa di Jalan Melor, Kelantan (2012).

Thursday, February 24, 2011

Kemalangan Jalanraya...lagi & lagi....





Saban hari kita dihidangkan dengan berita-berita mengenai kemalangan jalanraya - yang melibatkan kenderaan berat (bas, lori dsb), kemalangan akibat terbabas dan langgar belakang semasa kesesakan jalanraya (sekadar menyebut beberapa contoh) termasuk peragut yang berlanggar dengan mangsa ragutnya.


Apabila membaca berita kemalangan, perkara pertama yang melintas di fikiran pembaca adalah persepsi kita terhadap kejadian yang berlaku. Kalau melibatkan contoh kemalangan di Simpang Ampat (bas melayang dan terbalik ke atas kenderaan lain di laluan bertentangan), Genting Highland (bas lawatan belia dari Kedah terbabas) dan Simpang Pulai (bas pelancong terbabas) kita nampak kemungkinan masalah teknikal kenderaan, kecuaian pemandu dan keadaan jalan - rasa simpati teramat sangat kepada mangsa-mangsa yang terkorban dan cedera. Tetapi dalam kemalangan di mana motor peragut melanggar kereta peragut sehingga 1 peragut mati dan 1 lagi cedera parah, kita merasakan peragut itu mendapat balasan segera atas perbuatan jahatnya.


Walau apa pun, sama ada kemalangan berpunca dari kecuaian, memandu laju, perbuatan jenayah dan lain-lain, ia tetap melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan trauma yang bukan sedikit kepada mereka yang terlibat. Tiada lain yang lebih penting di sini selain dari MEMATUHI PERATURAN - peraturan jalanraya (had laju, isyarat pemanduan), peraturan penyelenggaraan kenderaan (brek, tayar dll) dan banyak lagi peraturan yang tidak bertulis dalam mana-mana akta (bertimbang rasa, berhenti/membrek, memotong dan memecut secara melulu dll) akan membantu kita mengurang dan seterusnya mengelakkan kejadian yang merugikan semua pihak ini.


Baru-baru ni semasa dlm perjalan balik kampung CNY (30 Jan 2011), aku nampak kemalangan di Merapoh (Kuala Lipis). Pemandu kereta proton ni cuba memotong, tetapi sempat lepas lalu bergesel dng bas. Pemandu kereta meninggal di tempat kejadian. Dlm kereta aku nampak isteri, anak dan ibunya sedang menangis...









Sampai di rumah adik aku cakap ada satu lagi kemalangan melibatkan dua kereta di jalan Gua Musang-Kuala Krai yang mana pemandu salah satu kereta dan seorang penumpangnya maut - juga dipercayai sbb memotong tak lepas....apa lagi yang dapat dikatakan mengenai sikap dan cara pemanduan kita...

Tuesday, October 27, 2009

Fitrah kejadian manusia sentiasa inginkan yang terbaik dari hasil usahanya. Kadangkala kebaikan itu datang dalam bentuk yang sukar (Blessing in Disguise) sehingga manusia tersalah sangka. Maka adanya pepatah orang tua-tua "Berakit-rakit Ke Hulu, Berenang-renang ke Tepian ..........." , Those who laugh last, laugh the loudest. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya....dan seumpamanya.

Lumrahnya juga manusia inginkan yang terbaik dalam masa yang singkat - maka gopoh gapah dalam berusaha kerapkali mendatangkan kesilapan yang akhirnya menerbitkan penyesalan.

Sebagai seorang yang beriman kepadaNya, kita secara mutlak berlu berpandu kepada ajaranNya yang dibawa oleh PesuruhNya. Maka carilah panduan dan berpeganglah teguh dengan nya supaya kita sentiasa terpimpin. Kebenaran adalah perjalanan dan restuNya adalah matlamat.

Wednesday, July 15, 2009

Masa-masa yang berlalu....

Setelah sekian lama, aku bagaikan dikejutkan berulangkali dengan pantasnya angin masa yang menderu berlalu, meninggal puing-puing masa...

Thursday, November 6, 2008

Di Arus Masa



Begitu pantas masa berlalu menderu laju berlalu tanpa pamit, tanpa menoleh kebelakang - meninggalkan apa/sesiapa saja yang alpa. Masa yang berlalu adalah kenangan, masa hadapan adalah impian, masa kini adalah apa sebenarnya yang kita ada. FirmanNya menyatakan bahawa setiap manusia akan rugi di arus masa, manusia yang tidak berbuat dan berpesan ke arah kebaikan dan kesabaran.




Kebaikan adalah apa yang baik di sisiNya, walaupun tidak disukai/digemari oleh kebanyakan manusia. Kesabaran adalah kesungguhan dan ketahanan diri dalam mengerjakan apa yang baik dan meninggalkan apa yang buruk secara berterusan. Godaan dan hasutan akan terus mendatang - kenapa dan mengapa perlu berbuat baik kepada orang sedangkan orang tidak mempedulikan kebaikan kita; kenapa dan megapa perlu bersungguh-sungguh berterusan mengerjakan perintahNya sedangkan tiada apa ganjaran yang dapat dilihat dengan jelas.




Maka tanyalah kepada diri kita sendiri, untuk siapa kita berbuat baik dan perintah/larangan siapa yang mahu kita kerjakan/tinggalkan. Sekiranya kita hidup untukNya, maka segalanya terpulang kepada Dia. Jika kita memilih sebaliknya, maka perbuatlah sesuka hati - tetapi AWAS, hanya dia yang menilai dan memberi ganjaran terhadap segala perbuatan kita.


Wednesday, June 18, 2008

Hambatan Arus Kehidupan

Sekian lama masa berlalu, sekilas kerlipan pantas kilat - hanya disedari setelah ianya berlalu pergi. Sikap prihatin akan mendambakan muhasabah diri ke atas apa yang telah berlaku dan berlalu untuk dijadikan teladan, panduan dan pedoman di masa-masa mendatang. Sikap alpa akan menjurus kepada sikap "tidak apa", yang berlalu biarlah berlalu dengan harapan (lebih berupa sikap bertangguh-tangguh) akan ada peluang untuk memperbaiki kesilapan masa lalu di masa hadapan.

Hukama mengumpamakan perjalanan hidup dengan laluan sehala, berlalu dan terus berlalu sederas air sungai yang mengalir pantas, membawa bersamanya apa sahaja yang ada di dalam dan di hadapannya.

Begitulah umpama kehidupan manusia - apa saja gerak laku, sama ada dijelaskan melalui melalui percakapan dan perbuatan atau hanya sekadar lintasan hati dan pengisi ruang kotak fikiran - ianya akan tetap tertulis di ruang catatan hidup, tersurat mahu pun tersirat - dan masa yang berlalu akan membawanya pergi. Sekiranya disedari akan kealpaan dan kekhilafan yang telah dilalui, maka hendaklah segeralah diperbaiki. Sekiranya dibiarkan sahaja, maka dikhuatiri dan akan menjadi pasti, kealpaan dan kekhilafan akan menjadi kebiasaan yang bakal membawa kerosakan.

Wednesday, May 21, 2008

Suara Hati.....Suara Ombak.....Suara Kekasih.....


Sejauh pandangan mata, sejangkau alunan suara, sekilas lintasan detik hati - apakah yang direnungkan - masa semalam yang telah berlalu, masa kini yang mencabar, masa hadapan yang penuh harapan.

Apakah ditemui apa yang dicari? Apakah terlerai maksud yang direnungi? Apakah terjawab persoalan yang terdetik di hati?..............................



Apakah dengan sekadar merenung dan meninjau dalam kegelapan, maka akan terjawab segala persoalan yang membelenggu hati, fikiran dan perasaan?.......


Atau terus merenung dalam kegelapan.......



Luasnya alam ini.....terbentang jalan penyelesaian...dengan ikhtiar, usaha dan doa serta tawakal padaNya.

Manusia itu diciptakanNya dengan sifat berkeluh-kesah. Mudahnya terburu nafsu dalam mengorak langkah mengejar angan dan cita. Kiranya diadun dengan panduan Ilahi, maka akan terhasil apa yang dihajati secara baik. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kedua-dua jalan ikhtiar dan matlamat tujuan sama-sama penting dan perlu mematuhi hukumNya. Hukum alamiah dan tabii berjalan menurut ketentuanNya. Segala-gala panduan dan tatacara telah digariskan dengan jeas dan teratur, apa yang perlu ialah kebijaksanaan kita dalam mencari, memilih dan melaksanakannya dalam urusan seharian........